PENGENALAN PENUBUHAN

MAKTAB RENDAH SAINS MARA LANGKAWI

 

 

Maktab Rendah Sains MARA Langkawi (MRSM Langkawi) merupakan MRSM yang ke-19 ditubuhkan di Malaysia pada tahun 1999. Pembinaan MRSM ini telah diilhamkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang ke-4 iaitu Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Seperti namanya, MRSM ini terletak di Langkawi, Kedah. Kedudukan MRSM Langkawi yang terletak di pinggir hilir bukit memberikan suasana yang aman, damai dan kondusif kepada para pelajar untuk belajar. MRSM ini juga hanya beberapa kilometer daripada pekan Kuah (bandar utama di Langkawi) meletakkan MRSM Langkawi di kedudukan yang strategik di Langkawi ini.