Misi-visi-matlamat

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan kearah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. 

 Falsafah Pendidikan MRSM Langkawi

Berdasarkan kepada falsafah pendidikan negara, kami percaya bahawa pendidikan adalah satu usaha yang berterusan, dinamik dan saintifik untuk dipertingkatkan kualiti kepada diri sendiri, masyarakat, negara dan Tuhan. Kami juga yakin bahawa maktab yang berkualiti dan cemerlang sentiasa peka dan komited kepada usaha-usaha meningkatkan kualiti, produktiviti, kecemerlangan, penyuburan dan pengembangan potensi diri, kepimpinan dan kreativiti. Sesungguhnya setiap adalah manusia adalah unik, istimewa dan berpotensi tinggi untuk maju dalam mencipta kecemerlangan.

 Misi

Menyediakan pelajar bumiputera yang berpotensi tinggi dalam bidang Sains dan Teknologi

 Visi

Menjadi pusat kecemerlangan pendidikan yang inovatif dan bertaraf dunia.

 Nilai Teras

Saintifik, Independent, Kreatif, Amanah dan Patriotik (SIKAP)


Objektif Operasi

1. Menyediakan dan menyampaikan khidmat pelanggan secara profesional dan memenuhi ekspektasi pelanggan dan penaja.

2. Melaksanakan kurikulum terbeza berlandaskan prinsip-prinsip pendidikan pintar-cerdas (gifted education) dan pendekatan pembelajaran melalui penemuan dan penyelidikan (learning by discovery) dan pembelajaran pecutan (accelerated learning).

3. Membangunkan persekitaran dan iklim pembelajaran yang kondusif, responsif dan suportif kepada perkembangan intelek, kreativiti, emosi, rohani dan jasmani pelajar.

4. Memperlengkapkan pelajar dan guru dengan kemahiran belajar (academic skills), kemahiran insaniah (soft skills), kemahiran kendiri (self skills) dan nilai-nilai teras MRSM (Saintifik, Independen, Kreatif, Amanah dan Patriotik) secara terancang,  berterusan dan bersepadu.

5. Melaksanakan program-program pembudayaan keusahawanan untuk pelajar secara terancang dan berterusan.

6. Menjadikan MRSM ini sebagai tempat belajar dan bekerja yang selamat, bersih, ceria dan memberangsangkan.

Moto

"Keterampilan Diri Kecemerlangan Prestasi"