Akademik
Hal Ehwal Akademik MRSM Langkawi bertanggungjawab dalam mengawalselia perjalanan sistem pengajaran dan pembelajaran guru-guru di MRSM. Unit ini memainkan peranan penting dalam menyusun program-program pendidikan untuk mempertingkatkan pencapaian akademik pelajar maktab. Selain itu unit ini juga bertanggungjawab dalam memastikan kemudahan-kemudahan pembelajaran di MRSM sentiasa terkawal dan mencukupi seperti kemudahan komputer (Internet), buku rujukan dan lain-lain.
Unit dan jawatankuasa dibawah seliaan Unit Hal Ehwal Akademik antaranya :
1) Jabatan Matematik
2) Jabatan Sains
3) Jabatan Sains Sosial
4) Jabatan Bahasa
5) Unit Peperiksaan dan Penilaian Maktab
6) Unit Teknologi Maklumat
Jabatan Sains
27 October 2015 12:07 PM
admin
Jabatan Bahasa
29 October 2017 10:56 AM
admin
27 October 2015 12:10 PM
admin
Jabatan Sains Sosial
29 October 2017 10:57 AM
admin
17 February 2016 10:46 PM
adminkl
Cambridge IGCSE merupakan kurikulum antarabangsa bagi pelajar berumur 14 - 16 tahun. Ia merupakan kurikulum yang diikhtiraf di seluruh dunia sebagai setaraf dengan British GCSE dan International GCE 'O-Level. Ia ditawarkan melalui Cambridge International Examination (CIE). Cambridge IGCSE adalah kesinambungan kepada Cambridge Secondary 1 yang dikhususkan kepada pelajar yang berumur 11-14 tahun. Kurikulum ini memfokuskan kepada pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar dan pendekatan berasaskan penyelidikan dalam pembelajaran seterusnya meningkatkan kemahiran pelajar dalam pemikiran kreatif, penyelidikan dan penyelesaian masalah. Cambridge IGCSE adalah setanding dengan kurikulum antarabangsa yang lain dan ianya relevan dan sensitif kepada keperluan dan budaya setempat. Program Dwisijil yang dikenali sebagai SPMRSM-IGCSE telah mula dilaksanakan oleh MARA pada tahun 2010 di MRSM Tun Abdul Razak, Pekan. Ia merupakan suatu usaha MARA untuk memberi nilai tambah kepada sistem pendidikan sedia ada. Ia juga bertujuan untuk memastikan pelajar-pelajar MRSM meningkatkan keupayaan pengetahuan melangkaui apa yang dipelajari di peringkat SPM. Pada tahun 2013, sebanyak 13 MRSM menawarkan program dwi-sijil termasuklah MRSM Langkawi di mana pelajar-pelajar Tingkatan 1 akan mengikuti silibus IGCSE bagi tiga matapelajaran iaitu bahasa Inggeris, Matematik dan Sains sementara bagi matapelajaran lain, para pelajar akan mengikuti silibus tempatan. IGCSE diperkenalkan untuk menambah nilai (value-add) system pendidikan MRSM sedia ada. Hasratnya supaya pelajar MRSM should learn and go beyond SPM. Tambahan pula sijil IGCSE merupakan kelayakan peperiksaan yang berprofil tinggi dan bereputasi cemerlang serta diiktiraf di kebanyakan university pada peringkat antarabangsa. Pelajar akan mengambil dua peperiksaan :SPM (Tingkatan 5) dan IGCSE (Tingkatan 4). Selain itu, mereka juga akan mengambil PT3 (Tingkatan 3) dan Cambridge Checkpoint (Tingkatan 2) Pelajar akan mengikuti pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris serta dapat menyambung ke pringkat tertiari dengan lebih cepat kerana pelajar akan menduduki IGCSE pada bulan November tingkatan empat
1. Apakah perbezaan antara program dwisijil dan program
MRSM yang lain? 2. MRSM manakah yang menawarkan program ini? 3. Bolehkah anak saya berpindah ke MRSM lain jika dia
tidak dapat mengikuti program ini? 4. Bolehkah pelajar dari MRSM lain memohon bertukar ke
MRSM dwisijil? 5. Apakah kos yang perlu ditanggung oleg ibibapa? 6. Adakah PBS dilaksanakan dalam program dwisijil? 7. Jika saya tidak mampu membiayai anak saya untuk
program ini, apakah saluran bantuan yang boleh 8. Bolehkah anak saya dikecualikan daripada mengikuti
program luar negara jika saya tidak mampu 9. Apakah faedahnya kepada anak saya mengikuti program
ini?
Pelajar akan mengambil dua peperiksaan :SPM dan IGCSE
2011 - Tun Abdul Razak, Pekan ; 2012 - Alor Gajah, Baling,
Batu Pahat dan Kota Putra; 2013 - Langkawi,
Kubang Pasu, Parit, Serting, Johor Bharu, Kuantan,
Tumpat dan Tawau
Pelajar tidak dibenarkan berpindah MRSM
Tidak boleh kerana kurikulum dan suasana pembelajaran
berbeza
MARA menyediakan semua prasarana pembelajaran dan sumber
manusia manakala ibubapa menanggung
yuran ujian Checkpoint, Peperiksaan IGCSE dan program
lawatan ke luar negara.
PBS akan dilaksanakan seperti biasa.
saya pohon?
Saluran bantuan akan dimaklumkan jika ada
membiayai lawatan ke luar negara?
Program lawatan luar negara tidak wajib, ia hanya sebagai
tambahan pengalaman pembelajaran pelajar.
Pelajar akan mengikuti pembelajaran sains dan matematik
dalam bahasa Inggeris serta dapat menyambung
ke pringkat tertiari dengan lebih cepat kerana pelajar akan
menduduki IGCSE pada bulan November tingkatan
empat.
16 February 2016 03:35 PM
adminkl
PROGRAM GEMILANG Program Pembangunan Akademik yang dirangka dalam setahun untuk peningkatan dan penguasaan pelajar dalam subjek peperiksaan khususnya dalam Sijil Pelajaran Malaysia , Pentaksiran Tingkatan 3 , SPMRSM Dwisijil ( IGCSE dan CHECKPOINT ) Matlamat : 1. Membimbing pelajar dalam menguasai subjek peperiksaan dengan cemerlang 2. Menambah nilai teknik dan kemahiran menguasai subjek dengan lebih berkesan 3. Memastikan sasaran GPS sekolah dan pelajar mencapai keputusan yang sangat cemerlang Antara Program Gemilang yang dirancang : 1. Kelas Tambahan 2. Klinik Subjek ( Intervention Programme ) 3. Mentor Mentee 4. Excellence Youth Club ( XYC ) 5. Seminar Teknik Jawab Soalan Peperiksaan 6. Kem Subjek 7. Kem Motivasi 8. Konsultasi Akademik ( Rundingcara Akademik ) 9. Bengkel Pengukuhan Subjek 10. Gerak Gempur Selepas Peperiksaan Percubaan 11. Program Guru Angkat 12. Program Santai 13. Mohon Restu 14. Solat Hajat 15. Jamuan Insentif Kecemerlangan Subjek Terlibat : SPM : Semua subjek yang berdaftar dengan Lembaga Peperiksaan Malaysia IGCSE : English , Matematik , Matematik Tambahan , Fizik , Kimia , Biologi PT3 : Semua subjek yang berdaftar dengan Lembaga Peperiksaan Malaysia CHECKPOINT : English , Matematik , Sains ( Fizik , Kimia , Biologi ) Lokasi : Dewan Kuliah , Bilik Bincang , Dataran Akademik , Kelas Akademik CARTA ORGANISASI:
13 February 2016 07:17 PM
adminkl
Schoolwide Enrichment Model (S.E.M)
Konsep Pelaksanaan
School Wide Enrichment Model (SEM) adalah satu inovasi dalam sistem pendidikan di Malaysia untuk memenuhi keperluan pelajar pintar cerdas akademik dengan menyediakan persekitaran persekolahan yang kondusif dan program pendidikan yang mencabar.
SEM pada asalnya digubal untuk Program Pendidikan Pintar Cerdas kemudian dikembangkan dan digunakan di institusi pendidikan sebagai inovasi untuk meningkatkan pencapaian di bawah 'School Improvement Program'.
Pelajar pintar cerdas akan dapat menghabiskan kerja mereka dengan cepat. Mereka perlu diberi latihan tambahan untuk mengelakkan mereka bosan dalam kelas, 'Kaedah Compacting & Diffrentation' diamalkan dalam proses pembelajaran. Mengikut Renzulli, kanak-kanak cacat disediakan program khas bagi menghadapi kesukaran belajar. Mengapa pula kita tiada program untuk pelajar yang pintar cerdas.
Pelaksanaan SEM menawarkan pelbagai perkhidmatan kepada pelajar yang membolehkan mereka mengenalpasti minat dan seterusnya memperkembangkannya melalui 'The Enrichment Triad Model' dengan pengalaman Pengayaan Type 1, Pengayaan Type 2 dan Pengayaan Type 3.
Pengayaan Type 1
Pelajar diberikan pendedahan kepada pelbagai disiplin, topik, isu, kerjaya, peristiswa dan persekitaran yang biasanya tidak diberikan dalam kelas formal melalui aktiviti seperti ceramah, dialog, tayangan, lawatan, pembacaan, penerokaan melalui internet dan lain-lain.Pengalaman dan penemuan melalui penerokaan ini membantu pelajar mengenalpasti minat dan bidang untuk penerokaan dan penyelidikan selanjutnya (Pengayaan Type II).
Pengayaan Type 2
Pengayaan berikutnya adalah aktiviti-aktiviti penerapan kemahiran dan emosi afektif. Semua pelajar diberikan kemahiran genetik seperti proses pemikiran aras tinggi, cara belajar membuat penyelidikan, komunikasi dan mendapatkan bahan. Kemahiran khusus seperti analisis statistik data diberikan sekiranya diperlukan oelh pelajar dalam proses penyelidikan mereka. Oleh itu, pelajar-pelajar akan lebih bersedia dan berkeyakinan untuk mendalami sesuatu bidang atau topik.
Pengayaan Type 3
Berdasarkan minat dan persoalan bersesuaian, pelajar akan menjalankan aktiviti penyiasatan dan penghasilan produk atau perkhidmatan yang ada impak ke atas audience sebenar. Pelajar akan berfikir dan bertindak sebagai seorang penyelidik professional dan mengkaji satu masalah atau topik sebenar menggunakan kaedah-kaedah yang autentik. Melalui aktiviti pengayaan Type III, pelajar akan mempraktikkan kemahiran dan emosi yang efektif yang diterapkan melalui Pengayaan Type II.
Pesta SEM TYPE 3 yang berlangsung pada setiap tahun berjaya dijalankan dengan jayanya serta dilawati oleh guru-guru dan pelajar sekolah-sekolah berhampiran. Di sini, pelaksanaan program SEM ini dapat di lihat sebagai suatu pendekatan pendidikan yang istimewa dalam melahirkan profesional yang melalui proses rutin dalam mengkaji dan menghasilkan sesuatu dapatan dan produk.