Selamat Datang Ke Unit Peperiksaan & Penilaian Maktab (UPPM)

Unit Peperiksaan dan Penilaian Maktab (UPPM) merupakan nadi dalam sesebuah MRSM. Unit ini bertanggungjawab secara langsung dalam pengurusan serta pengendalian setiap ujian dan peperiksaan samada di peringkat dalaman mahupun peringkat kementerian bagi setiap pelajar di MRSM.

UPPM bertanggungjwab membuat analisa bagi setiap ujian dan peperiksaan. Unit ini akan menyelenggara kesemua data keputusan pelajar, menyimpan secara sistematik dan mencetak keputusan peperiksaan berdasarkan kepada skala markah kiraan purata mata nilai bagi Purata Nilai Gred (PNG) dan timbunan purata mata nilai bagi Timbunan Purata Nilai Gred (TPNG). Unit merupakan satu unit yang penting bagi perjalanan setiap ujian atau peperiksaan di semua MRSM se-Malaysia.

Pendaftaran dan pengendalian PT3 dan SPM juga merupakan satu urusan terpenting UPPM dan ianya menjadi satu kemestian bagi UPPM menjalankan tanggungjawab yang diberi oleh pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) bermula dari pendaftaran peperiksaan SPM, menyimpan maklumat pelajar sehinggalah keputusan diumumkan.

Di MRSM Langkawi, antara ujian dan peperiksaan dalaman bagi setiap semester yang ditadbir oleh UPPM ialah seperti berikut;

1. Ujian Selaras 1 Semester 1

2. Ujian Selaras 2 Semester 1

3. Peperiksaan Semester 1

4. Peperiksaan Ulangan Semester 1

5. Ujian Selaras 1 Semester 2

6. Ujian Selaras 2 Semester 2

7. Peperiksaan Ulangan Semester 2

8. Percubaan PT3

9. Peperiksaan Sijil Pendidikan MRSM (SPMRSM)-dahulu dikenali sebagai Pep. Percubaan SPM

Setiap ujian dan peperiksaan yang dijalankan akan ditadbir dan diselia dengan rapi bagi memastikan semua pelajar dapat melaksanakan ujian dan peperiksaan dalam persekiran yang kondusif dan selesa.

 

Info UPPM
15 February 2016 02:30 PM
adminkl