Hal Ehwal Akademik MRSM Langkawi bertanggungjawab dalam mengawalselia perjalanan sistem pengajaran dan pembelajaran guru-guru di MRSM. Unit ini memainkan peranan penting dalam menyusun program-program pendidikan untuk mempertingkatkan pencapaian akademik pelajar maktab. Selain itu unit ini juga bertanggungjawab dalam memastikan kemudahan-kemudahan pembelajaran di MRSM sentiasa terkawal dan mencukupi seperti kemudahan komputer (Internet), buku rujukan dan lain-lain.

Unit dan jawatankuasa dibawah seliaan Unit Hal Ehwal Akademik antaranya :

  1. Jabatan Matematik

  2. Jabatan Sains

  3. Jabatan Sains Sosial

  4. Jabatan Bahasa

  5. Unit Peperiksaan dan Penilaian Maktab

  6. Unit Teknologi Maklumat