Hal Ehwal Akademik MRSM Langkawi bertanggungjawab dalam mengawalselia perjalanan sistem pengajaran dan pembelajaran guru-guru di MRSM. Unit ini memainkan peranan penting dalam menyusun program-program pendidikan untuk mempertingkatkan pencapaian akademik pelajar maktab. Selain itu unit ini juga bertanggungjawab dalam memastikan kemudahan-kemudahan pembelajaran di MRSM sentiasa terkawal dan mencukupi seperti kemudahan komputer (Internet), buku rujukan dan lain-lain.

Unit dan jawatankuasa dibawah seliaan Unit Hal Ehwal Akademik antaranya :

1) Jabatan Matematik

2) Jabatan Sains

3) Jabatan Sains Sosial

4) Jabatan Bahasa

5) Unit Peperiksaan dan Penilaian Maktab

6) Unit Teknologi Maklumat